Wednesday 11 September 2019

Konsep:Kejiranan

MOHAMAD ZARRIN AFIQ BIN PARIZAN                          01DPM17F1031
MUHAMMAD NUR AMMAR BIN MOHD NAZERI              01DPM17F1074
MUHAMMAD IKHSAN HAFIZI BIN MOHD ZAMREE        01DPM17F1030
MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN ABD KAMIL                   01DPM17F1056
MUHAMMAD AKMAL HAIKAL BIN HASNUL BASRI       01DPM17F1045


Konsep: kejiranan
Tajuk: “Serumpun Bak Serai Sesusun Bak Sirih
"Serumpun bak serai sesusun bak sirih" Peribahasa ini berkait rapat dengan konsep kejiranan iaitu membawa maksud kepada amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah-belah.Amalan ini telah ditekan oleh Nabi Muhammad yang menurut dari hadis Abi Syuraih RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda:Maksudnya:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya"[Riwayat Muslim (77)].

Definisi
Dari segi bahasa jiran berasal daripada Bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.Dari segi istilah adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,bersebelahan kampung,daerah malahan lebih besar daripada itu seperti negara yang sekeliling kita.Hadith riwayat Abu Daud,telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu:Maksudnya: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.Berdasarkan hadith ini juga termasuk 40 buah rumah di setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.

Hak jiran yang perlu dipelihara
Hak jiran bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini selari dengan hadis di atas dari Abi syuraih.Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama islam ia tidak dapat dinafikan lagi pelasanaan Rukun Tentangga juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawap seterusnya mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni.Antara hak ialah menghormati jiran dan pengamalan mereka,selagi ia tidak membawa kemudharat kita mesti menghormatinya.Walaupun jiran tersebut bukanlah beragama islam hormatilah mereka kerana mereka juga adalah makluk ciptaan Allah.Selain itu,sentiasa memberi layanan yang baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.Seperti hadith Nabi Muhammd yang diriwayat oleh Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu Maksudnya:Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq(sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkalah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

Adab Berjiran
Selain dari Hak kejiranan ia juga boleh dilihat bahawa Adab kejiranan juga penting dalam hidup berjiran ini.Antranya ialah:
Tidak menyakiti mereka samada memalui perkataan,perbuatan atau sekadar sangkaan buruk
Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk pertolongan dan bantuan yang diperlukan
Menziarah mereka ketika mereka sedang sakit

Punca-punca Kepudaran Semangat Kejiranan
Pada masa kini, kita dapat melihat bahawa semangat kejiranan semakin menghilang ditelan zaman terutama sekali di kawasan bandar. Terdapat beberapa punca-punca utama yang menyumbang kepada kelunturan semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Perubahan gaya hidup masyarakat pada masa kini adalah antara punca utama kepada masalah ini. Kos sara hidup yang kian meningkat menyebabkan orang ramai terlalu fokus kepada kerjaya masing-masing untuk mencari rezeki. Warga kota dipaksa bekerja berlebihan masa yang akan menyebabkan mereka keletihan. Hal ini menyebabkan mereka kesuntukan masa untuk bertegur sapa bersama jiran mereka kerana mereka akan lebihkan masa berehat dan bekerja. Corak pekerjaan pada masa dahulu dan kini juga berbeza misalnya, pekerjaan pada masa dahulu lebih kepada industri pertanian dimana melibatkan kerjasama dan komunikasi dan mereka boleh bekerja mengikut masa sendiri. Namun pada masa sekarang, sektor pekerjaan lebih memfokuskan orang ramai untuk bekerja sendiri yang tidak melibatkan kerjasama atau perlu berinteraksi dengan orang lain.
Selain itu, kemajuan dalam bidang teknologi dan media massa juga memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kelunturan semangat kejiranan. Teknologi dianggap sangat penting pada masa sekarang. Tidak diafikan bahawa teknologi dapat membantu memudahkan urusan harian dan pelbagai urusan lain. Namun begitu, teknologi juga memberikan kesan buruk jika tidak dihadkan penggunaannya. Contohnya, telefon bimbit yang mudah dibawa kemana sahaja. Penggunaan telefon bimbit sangat meluas dan masyarakat terlalu bergantung kepadanya sehingga tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Telefon bimbit banyak memudahkan urusan kita contohnya kita tidak perlu keluar rumah untuk membeli barang atau membuat pembayaran online tanpa perlu ke bank. Akibat daripada kelebihan ini, amalan kunjung mengunjung semakin berkurangan walaupun di hari perayaan. Pada masa dulu, kanak-kanak suka berkunjung ke seluruh kampung untuk beraya namun sekarang mereka lebih suka bermain permainan video di rumah. Hal ini juga menyebabkan hilang kemahiran untuk berkomunikasi secara berdepan. Hakikatnya mereka hanya mampu bersuara dan berinteraksi melaui teknologi. Mereka juga menjadi pendiam dan tidak ambil peduli tentang keadaan jiran sekeliling.
Akhir sekali, arus pembangunan yang semakin pesat di negara kita juga merupakan punca kehilangan semangat kejiranan. Masyarakat pada masa kini suka menghabiskan masa dengan menikmati kemajuan dan kewujudan tempat yang tidak berfaedah seperti pusat membeli belah, pusat karaoke, taman tema air dan sebagainya. Masalah-masalah ini harus ditangani kerana kita pastinya tidak mahu melihat masyarakat kita menjadi masyarakat yang tidak bersatu padu dan hanya mementingkan diri sendiri. Jika tidak ditangani, perpaduan akan menjadi rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar.

Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan kejiranan
Hubungan erat antara jiran dapat melahirkan ciri ciri masyarakat yang berkualiti.Oleh itu,terdapat beberapa langkah yang perlu diterapkan oleh masyarakat untuk mengukuhkan semangat kejiranan.Salah satu langkah untuk mengukuhkan semangat kejiranan adalah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Hal ini adalah kerana amalan ziarah- menziarahi dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran.Agama Islam juga sangat mengalakkan amalan mulia ini.Melalui amalan ini kita dapat bertanyakan khabar tentang keadaan jiran kita.Jiran jiran kita juga akan berasa selesa apabila hidup berjiran dengan kita ini kerana mereka menganggap kita adalah seorang jiran yang perihatin terhadap jiran mereka.Sebagai contoh,kita pergi menziarahi jiran kita sambil membawa buah tangan untuk jiran.Sekali gus memberi jiran persepsi yang positif terhadap kita.
     Langkah seterusnya adalah menghidupkan kembali amalan gotong-royong.Langkah ini juga dapat memberi impak terhadap semangat kejiranan kerana amalan gotong royong perlu dilakukan secara berkumpulan atau beramai-ramai.Masyarakat setempat perlu bersatu hati untuk melaksanakan amalan ini secara tidak langsung dapat mengenali hati budi masing masing.Misalnya ketua kampung mengadakan program gotong-royong membersihkan rumah-rumah kosong atau sudah lama tidak berpenghuni di mana berkemungkinan menjadi sarang penagih atau tempat melakukan jenayah.Daripada ini keselamatan kampung akan meningkat dan suasana kampung menjadi lebih harmoni.
     Selain daripada itu,mengadakan rumah terbuka juga langkah yang efektif untuk mengukuhkan semangat kejiranan.Rumah terbuka sering dilakukan terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilftri,Tahun Baru Cina,Krismas,Deepavali,dan sebagainya.Tanpa mengira bangsa atau agama,rakyat Malaysia sangat giat mengadakan rumah terbuka dan menjemput jiran sekeliling untuk datang berkunjung.Maka daripada itu terhapusnya sifat rasis antara kaum yang selama ini menjadi tembok penghalang kepada perpaduan antara masyarakat Malaysia.
     
Hikmah Hidup Berjiran
Terdapat banyak kebaikan dapat diperolehi apabila kita mengaplikasikan amalan hidup berjiran dalam diri kita. Antaranya ialah kehidupan kita dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian. Setiap kelompok masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman damai kerana mereka saling membantu antara satu sama, sama ada senang atau susah, untuk menyelesaikan setiap konflik yang berlaku. Mereka juga akan bersatu untuk menjadikan taman kediaman mereka aman damai dengan bersatu padu dalam melakukan sesuatu.
Selain itu, hikmah yang dapat kita perolehi jika mengamalkan hidup berjiran ialah dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti. Apabila semua masyarakat bersatu, kita boleh lebih maju kehadapan kerana kita saling bantu membantu antara satu sama lain. Segala benda yang sukar dicapai, akan mudah kita kecapi apabila kita mengamalkan sikap berjiran kerana kita akan saling tolong menolong antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Kualiti hidup kita juga akan meningkat.
Akhir sekali, kebaikan yang dapat diperoleh dengan hidup berjiran ialah dapat menghakis sifat individualistik dalam diri. Ini merupakan hikmah yang paling baik sekali kepada diri seseorang kerana kita dapat menghindarkan diri kita daripada menjadi seorang yang pentingkan diri. Tidak ada kebaikan yang dapat kita peroleh jika mementingkan diri kerana apabila kita memerlukan bantuan, jiran tidak akan mahu menolong kita kerana sifat kita yang mementingkan diri sendiri. Jadi ia amatlah penting kepada diri kita agar menghindari sifat individualisme ini.

Kesan-Kesan Hilangnya Semangat Kejiranan.
Semangat kejiranan yang semakin luntur dan juga semakin pupus merupakan salah satu perkara yang amat membimbangkan pada zaman sekarang ini. Mungkin ada yang tidak sedar atau terlepas pandang terhadap kesan-kesan negatif yang bakal berlaku jika semangat ini dibiarkan terus lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa kesan yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Disini terdapat tiga kesan jika semangat kejiranan hilang dalam jiwa masyarakat.
Kesan yang paling jelas dan ketara yang boleh kita nampak kenapa hilangnya semangat kejiranan dalam masyarakat ialah ia akan melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri atau dengan kata lainnya "Individulisme". Hal ini akan bertambah buruk apabila berlakunya kecemasan dan memerlukan pertolongan dari orang lain seperti salah seorang ahli keluarga kita sakit dan memerlukan kenderaan dengan kadar segera untuk dihantar ke hospital. Tanpa jiran, dengan siapa lagi kita boleh mohon pertolongan selain daripada Allah. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan amatlah penting dan ia mesti dipupuk dan diamalkan dalam diri setiap masyarakat.
Selain itu, ia juga memberi impak yang secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat dimana akan wujudnya pelbagai gejala sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak, merempit, vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi. Hal ini kerana tiada pihak yang akan memantau kawasan perumahan atau kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Seterusnya, mereka juga menggunakkan istilah tidak menjaga tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah gejala sosial yang kini kian merunsing. Selanjutnya, masalah kecurian juga akan terus berlaku. Antara puncanya ialah tidak ada pihak yang akan bertugas sebagai pemantau seperti yang dilakukan didalam program rukun tetangga.

Akhir sekali, kesan tidak mengamalkan semangat kejiranan ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian dalam sesebuah negara akan membantu membawa negara itu lebih maju kehadapan. Keharmonian negara amat penting untuk mengekalkan keamanan sebuah negara yang hidup berbilang bangsa. Ia juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta melancong ke negara ini kerana keamanan yang Malaysia perolehi.
Kesimpulannya, masyarakat perlu mewujudkan kembali semangat kejiranan dalam diri masing-masing supaya kita dapat hidup dengan lebih aman dan harmoni. Akhir kata, Hidup berjiran lebih bermanfaat berbanding hidup bersendirian.















4 comments: